BULAN “KHATAM” AL-QURAN?

Menjelang Ramadan, sudah pastinya laungan Fastabiqul Khairat kedengaran di mana-mana sahaja. Alhamdulillah, suatu perkara yang amat baik dan lebih bagus jika diulang di bulan² lain juga.

Dan seruan itu, juga amat signifikan dengan membaca dan mengkhatamkan Al-Quran.
Kita dapat lihat berbagai target: ada yang sehari sejuzu, sehari dua juzu, tak kurang ada yang cuba membaca sehari 10 juzu! Masya-Allah.

Orang Mukmin hendaklah sentiasa cuba untuk jadi yang terbaik dan pasakkan keazaman yang tinggi, omputeh kata, “Exceed your limits.”

Ini merupakan suatu perlumbaan dan cabaran yang sihat.

Tapi cuba berfikir sejenak  apakah perkara ini kekal dari awal hingga akhir? Ayuh buka sebentar ruang muhasabah!

Saya yakin, mesti ada dalam kalangan kita yang pernah alami, bila cuba untuk meletakkan target yang terlalu tinggi, akhirnya kita tersungkur kerana tidak cukup mampu. Contohnya? Awal-awal Ramadan kita mampu untuk membaca  3 Juzu sehari. Tiba-tiba, pada pertengahan Ramadan, kita tidak sempat, sehari dua, kemudian bertambah menjadi 5-6 hari sehingga akhirnya berlambak juzu’ kita ketinggalan. In the end, kita merasa malas, dan terus meninggalkan bacaan itu kerana berazam untuk berubah pada tahun hadapan. Yang menampung balik bacaan, alhamdulillah, baguslah.
Tapi suka saya ingin mengajak para teman yang saya kasihi sekalian, ingatlah bahawa sebenarnya what we have to prove? Tidak perlu pun kita membuktikan kepada sesiapa melainkan kepada Allah. Kerana yang menerima amalan kita ini, bukan manusia tetapi Tuhan.

Rasulullah saw  bersabda:

«أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللهِ أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ»
“Amalan yang paling dicintai Allah adalah amalan yang rutin dilakukan meskipun sedikit”.
(Hadits Sahih, Riwayat Bukhori dan Muslim, Lihat Sahihul Jaami’ no. 163).

Kenapa saya ingin menekankan perkara ini? Apakah saya merasa tidak elok untuk seorang mukmin mencuba menjadi yang terbaik? Mencuba walaupun tahu akan gagal?

Bukan, bukan.

Tapi ketahuilah biar berpatutan dengan ruang kapasiti kita sendiri. Jangan terlalu mengejar idea bahawa membuktikan kepada semua dengan “mengkhatam”kan Al-Quran, aku sudah buat yang terbaik dalam Ramadan!
Bagi saya sendiri, Ramadan bukan bulan “Membaca” Al-Quran tetap bulan “Menghayati” Al-Quran.

Hidupkan Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Bersedekah, menyantuni orang susah, mendatangi masjid, solat jemaah tiap waktu, menziarahi dan menjalinkan hubungan dengan teman-teman, memberi orang makan dan lain-lain, semua ni part daripada “Berakhlak dengan Akhlak Al-Quran.”
Selain mengejar bacaan, cubalah membaca tafsirnya pula. Biar hanya satu juzu sehari, bahkan satu muka sekali pun, tapi kita menghayati makna tersirat di sebalik ayat-ayat cinta Tuhan.

Selain membaca, buatlah halaqah tadarus. Perbaiki bacaan dan tajwid, jangan sekadar mengejar “khatam” tetapi bacaan merapu.
Jangan sesekali samakan kita dengan orang lain. Mungkin bagi kita “yess, aku berjaya khatamkan 2 kali pada tahun ini” dan itu ya, pencapaian kamu, tapi tak bererti orang yang tidak mencapai kpi itu tidak berjaya. Mungkin bagi orang lain Ramadan ini ialah “Bulan Tajwid”nya.

Amat sayang sesekali andai dalam bulan ini, kita hanya meletakkan “khatam” Al-Quran sahaja tetapi meminggirkan aspek bersilaturrahim, bersedekah, solat fardhu berjemaah, menjaga pertuturan, membuat ibadah sunat, menghadiri majlis ilmu, kurangkan tidur dan lain-lain perkara yang turut dituntut dalam bulan yang mulia ini.

Ini belum lagi kita membincangkan “kenapa aku mampu membaca Al-Quran banyak sekali pada bulan Ramadan sehingga wujudkan mutabaah amal khusus untuknya tetapi tak mampu berbuat sedemikian, bahkan kadang² tidak membaca terus pada bulan lain?”

Oh ya, saya tidak sesekali memukul rata mana-mana pihak, cumanya, ini galakan cinta kepada semua umat Islam, khususnya kita yang bukan lagi “pelajar sekolah” agar bersatu dengan menghayati Al-Quran.
Stay istiqamah dan fastabikul khairaattt 😁

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s