BERJIWA MURABBI

Tajuk ni ambe pilih berdasarkan pengalaman peribadi sendiri 🙂 .

Tarbiah merupakan satu bidang utama dalam pembentukan umat manusia. Ya, kita semua faham terdapat banyak faktor utama yang mempengaruhi keberkesanan tarbiah itu sendiri.

Dan buat masa ini, ana nak highlight faktor “Murabbi”.

Ya, murabbi. Mungkin ada yang pernah dengar, mungkin tak. Ok, ana kecilkan lagi skopnya. Naqib.

Eh jap, macam tak lengkap. Usrah.

So ape kaitan antara Naqib, Usrah dan Murabbi?

Sekali lagi, ana ulangi, ana hanya ingin sentuh Murabbi.

Sebab bagi ana, Murabbi ini melebihi naqib dan usrah.

Sebab semua nuqaba perlu berjiwa murabbi.

Semua du’at perlu ada ciri-ciri murabbi.

Sebab murabbi ni sangat rare. Kenapa?

Ana yakin semua dah faham maksud Murabbi itu sendiri iaitu orang yang mendidik.

Mendidik apa?

Ya Allah akhi, Dari A ke Z. Kalau nak terangkan satu per satu memang tak habis.

Mudah kata, Murabbi ni Guider kita. Seseorang yang tak kira umurnya, asalkan dia ni seseorang yang sangat, sangat, sangat CARING TENTANG KITA.

Mungkin seorang Murabbi ni merupakan seorang Naqib Usrah juga, tapi seorang Murabbi ni biasanya akan laksanakan Dakwah Fardiah nya tersendiri.

Lol, dakwah fardiah ni pebenda pula??

Ok, simple to say, dakwah fardiah ni individu ke individu, tak macam ceramah, kuliah, atau usrah yang lebih kepada umum.

Ok, sudah boleh bayangkan seorang murabbi ni macam mana?

Apa KPI seorang Murabbi itu?

  1. Dia selalu bertanya khabar tentang kamu.
  2. Dia risau tentang kesihatan, kebajikan diri kamu.
  3. Dia sanggup berkorban masa dan semata nak jumpa kamu.
  4. Dia selalu bagi nasihat dan kata-kata yang power yang buatkan kamu kagum
  5. Dia selalu belanja kamu makan
  6. Dia selalu mesej kamu walaupun kamu tak respon sangat
  7. Dia gembira bila kamu jadi aktivis dakwah
  8. Dia tak tidur malam memikirkan tentang kamu.
  9. Dia anggap seperti adik kandung sendiri.
  10. Dia berusaha menjadikan kamu lebih hebat dan dikenali ramai.
  11. Dia selalu mendoakan kamu.

Sebenarnya banyak lagi kalau nak listkan satu per satu, tapi rasanya mesti dah faham bila baca di atas tadi.

Haa, cenggitu.

“Wow banyaknya puji seorang murabbi, macam lah murabbi tu bagus sangat.”

Allah, akhi. Kenapa nak pandang dari sudut itu?

Ana tak kata pun murabbi ni seorang malaikat?

Benar, murabbi pun ada buat salah. Mereka pun ada buat khilaf, kadang buat perkara yang kamu tak boleh diterima.

Hinggakan dilabel “bajet”.

Dilabel “hipokrit”.

“Yelah, abg naqib aku tu bukan main depan aku baik, pakai kupiah. Ajak rehlah lah bagai, tapi pergi tengok wayang ngan kawan-kawan dia. Cerita apa entah.”

“Dia tak approve Friend Request ana. Kat twitter pula dia block ana.”

“Dah laa tak jaga ikhtilat.”

Dan macam-macam lagi tohmohan yang dilemparkan kepada “Sang Murabbi” ini. Diberi oleh adik comel usrahnya sendiri.

Again I repeat, murabbi ini bukanlah seorang malaikat. Banyak perkara yang perlu dibaiki.

Haa, kalau kita sayang dia, kita tak akan caci dia tau! Sepatutnya sebagai adik-beradik usrah, perlulah kita menegur abang kita tu dengan penuh berhikmah.

Biasalah, kadang seorang murabbi pun akan rasa tertekan dengan bebanan “THIQAH” yang perlu dijaga, hehe.

Tapi sebagai seorang murabbi, perlu sentiasa beringat agar tidak “dilabel”.

  1. Kena ada prinsip diri (jangan asyik nak cover sangat, in the end akan memakan diri)
  2. Nak beremosi pun biar profesional (merajuk ke, marah ke, kecewa ke, bahkan ketawa pun jangan nak melalak sangat).
  3. Jaga ikhtilat (wajib! benda ni akan diperhatikan oleh adik first thing first!)
  4. Jaga pemakaian (jangan nak selekeh sangat. Pakai apa pun biar cantik, kemas, bergaya)
  5. Actions speak louder than words! (banyak pesanan, jangan dilupa untuk amalkan ye)
  6. Jadi ahli jemaah masjid (haaa, benda ruhiyyah dan keagamaan ni mesti dijaga, sebab murabbi yang baik adalah yang dapat bawa adik ke syurga!)
  7. Jadi diri sendiri!

Haa ni antara perkara yang para murabbi perlu take note!

Paling penting, sebagai seorang murabbi perlulah ikhlaskan niat. Ingat! Sayang bukan di lisan tapi di dalam hati.

Cinta bukan di bicara kata, tapi di dalam keikhlasan doa.

Semoga semua dapat menjadi murabbi yang awesome, power dan tip top!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s